Masak

Kerana Masak Sardin Kicap Video Wanita Ini Dapat Perhatian Penonton Melayu.

2024-02-29

Kerana Masak Sardin Kicap Video Wanita Ini Dapat Perhatian Penonton Melayu. | PUNCAK DUNIA : Korang masih ingat tak sewaktu PKP dahulu, nama ‘Sugu Pavithra’ terkenal menjadi carian warganet untuk melihat video beliau memasak. Bagaimanapun, Sugu memilih untuk ‘menyepikan diri’ tidak lama selepas itu.

Masak

 

Nisha Thokku

Terbaharu, netizen sudah mula memberi perhatian kepada Nisha Thokku, seorang lagi pencipta konten masakan di media sosial.

Beliau mula dikenali melalui sebuah video memasak ‘Sardin Kicap’ dalam Bahasa Tamil yang dimuat naik di TikTok pada pertengahan Disember tahun lalu.

Walaupun berbahasa Tamil, video tersebut telah meraih lebih 1.7 juta kali tontonan. Rata-rata yang menonton video itu adalah pengguna TikTok berbangsa Melayu.

@nishathokku SARDINE KICAP ❤️❤️❤️ #nishathokkucustomerfeedback #nishathokkureview #indianfoodlover #tamilan #thrraaga #FreeYondOpen #astroulagam #foryoupage #foryou #indianfood #iddly #malaysia #thokku #nishathokku #nishahomemadetokku #nishaflavoriddly #strawberry #strawberryflavor #strawberryiddly #pandaniddly #coklatiddly #idli #nishaiddly#singporeindian #malaysiaindian #malaysia #singpore #malaysiatiktok #singporetiktok #myfoodie #foodlover #indianfoodlover #viral #trending #fyp #nishahomemadethokku  #nishatokku #nishathokku #foryou #foryoupage #supportsmallbusiness #onlinebusiness #workfromhome #onlinebusiness#indianstreetfood #indianfood #indianfoodlover #indianfoodblogger#pudina #pudinathokku #myfoodiemalaysia #myfoodie #asmrfood#cookingwithnisha #myfoodiemalaysia#sardine #sardinekicap ♬ original sound – – Y O U R B O Y F I E E ????????

Menerusi satu temu bual Nisha bersama Harian Metro, Nisha yang juga ibu kepada tiga anak tidak menyangka video berkenaan meraih tontonan tinggi kerana sudah dua tahun berkongsi rutin memasak iaitu sejak awal berniaga dalam talian, namun baru kini mendapat perhatian ramai.

Menurutnya, sebelum ini beliau tidak pernah buat video walaupun suka makan dan selalu masak di rumah untuk suami serta anak.

 

MULA BUAT VIDEO

“Tapi disebabkan menjual sambal tumis (thokku) dan tepung idli dihasilkan sendiri secara dalam talian. Maka saya buat video kerana niatnya nak cari orang suka makan dengan harapan mereka yang menonton sokong perniagaan saya.

“Tak sangka pula dalam banyak perkongsian. Video sardin masak kicap itu dapat tontonan tinggi sampai nak menangis baca komen kerana semuanya positif. Dan ramai dalam kalangan orang Melayu,” jelas beliau.

Menurut Nisha, hidangan dikongsikan di TikTok kebanyakannya adalah makanan kegemarannya serta seisi keluarga.

“Sardin masak kicap itu kegemaran saya, malah anak dan suami pun suka. Cuma sebelum ini saya berceloteh dalam bahasa Tamil, tapi ramai pengikut minta saya buat video dan bercakap dalam bahasa Melayu.

“Jadi, saya cuba walaupun tak fasih sangat sebenarnya dan selepas baca komen, saya gembira kerana ramai yang suka dan minta saya kongsi lebih banyak video memasak serta resipi.

“Sebenarnya apabila ada mula menyapa serta ajak bergambar apabila berada di luar sampai panggil saya kakak sardin kicap,” katanya.

 

Sumber : TV  & Nisha Thokku

 

Jika anda nak tahu tempat percutian yang menarik boleh ke website kami : TEMPAT PERCUTIAN

Leave the first comment

Artikel Lain