Masak kuih

Netizen Kagum Lihat Pakaian Seragam Mak Cik Masak Kuih Tradisional. TERBAIK!

2024-01-27

Netizen Kagum Lihat Pakaian Seragam Mak Cik Masak Kuih Tradisional. TERBAIK! | PUNCAK DUNIA : Pelbagai jenis makanan yang terdapat di Malaysia. Apabila banyak jenis makanan sudah pasti pelbagai cara untuk masak makanan tersebut. Baru-baru ini tular peniaga yang memasak kuih tradisional Terengganu dengan berpakaian lain dari lain.

seragam

Kadang-kala sebahagian masakan kuih atau lauk akan menghasilkan asap yang banyak ketika dimasak. Sudah pasti ia akan menyakitkan mata dan membuatkan anda sesak nafas jika berada di tempat penyediaan dalam tempoh jangka masa yang lama.

Namun, sebuah kedai kuih tradisional di Terengganu ini dilihat mempunyai idea yang genius dalam menghadapi masalah itu. Pendekatan yang diambil sangatlah rare sekaligus mencuri perhatian netizen kerana tidak pernah dibuat orang selama ini.

Menerusi video yang dimuat naik @ohmyganung baru-baru ini, pekerja-pekerja yang terdiri daripada wanita berusia di sebuah kedai kuih bakar tradisional ini dilihat lengkap memakai topeng pernafasan (respirator) berserta spek mata tahan lasak.

@ohmyganung Kuih bakar tradisi menggunakan dapur kayu. Pelbagai pilihan kuih seperti kuih bakar, nganang, beke nyor, bahulu & lain lain. #OhMyGanung #kuihtradisional ♬ Rangkaian Dendang Pengantin – Hamzah Dolmat

Difahamkan kedai bernama Kuih Bakar Asap Kelong ini menjual pelbagai jenis kuih tradisional yang dibakar menggunakan dapur kayu. Antara kuih tradisional yang ditawarkan termasuklah kuih bakar, nganang, beke nyor, bahulu dan banyak lagi.

Ternyata pakaian seragam mereka telah mencuri perhatian netizen yang mana teruja melihat gelagat pekerjanya menghadapi segala asap dengan tenang ketika berkerja di dalam keadaan dapur yang cukup mencabar. Netizen juga memuji dengan langkah keselamatan yang diambil sangat terperinci.

Mereka turut didapati menggunakan sarung tangan yang tebal ketika mengendalikan bekas kuih tersebut. Yang pernah mengunjungi pula, mereka mengakui kuih tersebut bukan sahaja kelihatan menarik bahkan terbukti rasa kesedapanya.

Ada juga yang berseloroh mengatakan imej mereka sudah menyerupai ahli band metal terkenal namun tidak menafikan betapa efektif pendekatan yang diambil oleh peniaga tersebut.

Jom kongsi kepada kami tentang aktiviti atau apa jua yang anda rasa unik dan pelik kepada kami.

Sumber : TV

Jika anda nak tahu tempat percutian yang menarik boleh ke website kami : TEMPAT PERCUTIAN

Leave the first comment

Artikel Lain