Gadis Vietnam

Dengar Macam Anak Jati Malaysia, Rupanya Gadis Vietnam! Fasih Gila Cakap Melayu!

2025-10-08

Dengar Macam Anak Jati Malaysia, Rupanya Gadis Vietnam! Fasih Gila Cakap Melayu! | PUNCAK DUNIA : Dalam era globalisasi tanpa sempadan masa kin. Kisah individu yang mampu merentasi batas budaya dan bahasa sering menjadi perhatian ramai. Namun, tular baru-baru ini sebuah kisah luar biasa tentang seorang wanita warganegara Vietnam yang bukan sahaja mampu berbahasa Melayu dengan baik. Malah fasih bertutur dengan loghat dan intonasi seperti anak jati Malaysia.

Kisah wanita itu mula menarik perhatian apabila video dirinya dimuat naik oleh pengguna TikTok, @hambafakir313, yang ketika itu sedang melancong di Hoi An, Vietnam. Dalam video berdurasi beberapa minit itu.

Kelihatan wanita tempatan tersebut sedang menegur dan berbual dengan pelancong Malaysia tersebut menggunakan bahasa Melayu yang sangat lancar dan jelas. Lebih mengagumkan, gaya percakapannya bukan sahaja betul dari segi tatabahasa, tetapi juga berintonasi seolah-olah lahir dan dibesarkan di Malaysia.

Wanita berkenaan, yang tidak didedahkan namanya, dilihat sedang mempromosikan perniagaan spa keluarganya di kawasan pasar malam berdekatan jambatan Hoi An. Dengan nada mesra, dia berkata:

“Sapa datang sini boleh cari saya, pergi urut, RM30 sahaja. Mak ayah saya buka spa dekat sini. Sekarang buka dekat pasar malam.”

Dialog ringkas itu bukan sahaja mencuit hati pelancong Malaysia tersebut. Malah mengundang rasa kagum warga maya apabila video tersebut dikongsikan di media sosial. Rata-rata netizen tidak percaya bahawa wanita itu merupakan warga  Gadis Vietnam. Hal ini kerana sebutan dan loghatnya sangat mirip dengan loghat Malaysia, terutama dari pantai barat semenanjung.

ANTARA KOMEN NETIZEN

Ada pengguna media sosial yang berseloroh mengatakan wanita itu layak mendapat taraf ‘rakyat kehormat Malaysia’. Manakala sebahagian lagi memuji usahanya yang gigih mempelajari bahasa asing demi memudahkan urusan perniagaan. Tidak kurang juga yang berspekulasi bahawa dia mungkin belajar bahasa Melayu melalui interaksi dengan pelancong Malaysia yang sering berkunjung ke Vietnam.

Menurut beberapa komen di ruangan video tersebut. Wanita itu dikatakan sudah lama terlibat dalam dunia perniagaan jalanan dan berpengalaman berurusan dengan pelancong dari pelbagai negara. Disebabkan itu, dia bukan sahaja mampu berbahasa Melayu, malah turut menguasai asas beberapa bahasa lain seperti Inggeris dan Thai.

@hambafakir313 Tgh duk round2 pekan hoi an teserempak dengn akak viral ni.. pekat betul melayu dia 😂@Thanh Huyền #fyp #vietnam #hoian ♬ bunyi asal – Amir

Kefasihannya bertutur bahasa Melayu juga menunjukkan betapa kuatnya pengaruh pelancongan Malaysia terhadap sektor ekonomi tempatan di Vietnam.

Banyak pelancong dari Malaysia dilaporkan sering mengunjungi bandar Hoi An dan Da Nang, menjadikan bahasa Melayu sebagai satu kelebihan penting bagi peniaga tempatan di sana.

Kisah ini bukan sahaja mencerminkan kecerdikan sosial wanita berkenaan. Tetapi juga mengingatkan kita bahawa bahasa mampu menjadi jambatan yang menghubungkan dua budaya berbeza.

Dengan kemampuan komunikasi yang baik, seseorang bukan sahaja dapat memperluas peluang perniagaan, malah membina hubungan yang lebih rapat antara dua bangsa.

Menariknya, ramai netizen turut mencadangkan agar wanita Vietnam itu dijadikan pemandu pelancong khas bagi pelancong Malaysia. Ini kerana memandangkan kelebihan bahasanya boleh membantu memudahkan urusan pelawat ketika berada di negara tersebut.

Fenomena ini jelas menunjukkan bahawa dalam dunia yang semakin terbuka. Penguasaan bahasa asing bukan sekadar kemahiran tambahan, tetapi juga senjata utama untuk berjaya dalam apa jua bidang — termasuk dalam perniagaan kecil seperti spa jalanan di Hoi An.

Dengan kepetahan dan semangat mesra yang ditunjukkan, tidak hairanlah wanita ini kini menjadi simbol kecil kepada kebijaksanaan lintas budaya di era moden.

Sumber : TT @hambafakir313

Leave the first comment

Artikel Lain