ditidurkan

Doktor Perbetul Salah Faham Pesakit ‘Ditidurkan’.

2024-07-29

Doktor Perbetul Salah Faham Pesakit ‘Ditidurkan’. | PUNCAK DUNIA : Perkataan ‘ditidurkan’ menjadi ketakutan ramai sejak kebelakangan ini. Benarkah apabila seseorang pesakit terpaksa ditidurkan, dia umpama meletakkan sebelah kaki menuju ‘alam abadi’?

ditidurkan

Stigma kebanyakan masyarakat pada ketika ini menganggap prosedur ‘ditidurkan’ adalah seperti satu bentuk pembunuhan. Tanggapan ini hanyalah salah faham yang wajar dibetulkan agar informasi tidak tepat dapat dibendung penyebarannya.

Bagi golongan pengamal perubatan, ditidurkan atau ‘induced coma’ untuk tujuan intubatisi ialah usaha paling optimal untuk menyelamatkan nyawa lebih-lebih lagi apabila seseorang pesakit mengalami jangkitan teruk.

Seorang pengamal perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur, Dr Shazwan Sazali tampil memberikan penerangan tuntas mengenai istilah ini agar dapat difahami semua pihak.

“Saya lebih gemar istilah dibius diguna pakai kerana konotasi negatif dapat dielakkan. Di sini saya akan jelaskan kenapa pesakit perlu dibius,” kongsinya dalam satu bebenang di laman X.

1) SPO2

Saturasi oksigen. Normal adalah 95 dan ke atas. Bawah daripada itu, maka pesakit tidak mempunyai peratus oksigen yang cukup dalam darah. Oksigen tak cukup, jadi kita tambah. Kaedah pemberian oksigen ada banyak cara.

Kalau oksigen tak terlalu rendah, maka pilihan kita adalah nasal cannula/face mask kerana pemberian oksigen melalui alat ini tak terlalu tinggi. Namun kalau kadar oksigen terlalu rendah, semua alat sudah digunapakai tapi masih tak cukup, maka tiada cara lain selain pesakit dibius dan diintubasi (masukkan tube pernafasan) supaya mesin ‘bernafas’ untuk pesakit.

Ini sering berlaku kepada pesakit yang paru-parunya teruk sehingga tidak dapat bekerja dengan baik. Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.

2) Pesakit tidak dapat bernafas sendiri

Kesedaran tidak penuh antaranya sebab perdarahan dalam otak, strok dan sebagainya. Jadi pesakit seolah ‘lupa’ untuk bernafas sendiri sebab dalam keadaan tak sedar, maka kita intubasi untuk bantu pesakit bernafas menggunakan mesin.

3) Saluran pernafasan tersumbat

Bengkak di saluran pernafasan akibat kecederaan, alergi, kebakaran, tumor, semua ini dapat menyumbat saluran pernafasan. Kalau tersumbat, maka kita perlu bius dan intubasi agar oksigen sampai ke paru-paru.

Jelas Dr Shazwan lagi, prosedur dibius dan intubasi sememangnya bukan mudah kerana ia mempunyai komplikasi dan kesukaran untuk melakukannya.

“Tak ada istilah suka-suka nak tidurkan orang. Kenapa juga kami perlu susahkan diri untuk suka-suka bius dan intubasi pesakit kalau langkahnya sulit?

“Ia mengambil masa kerana kerja tidak selesai takat pesakit telah diintubasi. Bayangkan hospital besar yang pesakit datang bertalu-talu.

“Takkanlah kami saja nak tidurkan pesakit kalau pesakit lain pun ramai dan perlu diberi perhatian.

“Prosedur ini adalah sulit dan perlu masa yang lama. Percayalah, ini juga bukan pilihan kami jika ada lagi cara lain,” kongsinya lagi sambil menambah, sebelum pesakit dibius dan intubasi, perbincangan dengan pakar dan pasukan dari jabatan lain akan dibuat. Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.

Menurutnya lagi, prosedur bius dan intubasi juga sebenarnya sudah lama wujud, bukan hanya selepas kehadiran Covid-19.

“Jangan percaya dakwaan jahat bahawa bius dan intubasi dicipta untuk hentikan nyawa pesakit Covid-19.

“Ramai pesakit yang keadaannya lebih baik setelah diintubasi, cuma tidak digembar-gemburkan,” akhirinya.

Leave the first comment

Artikel Lain